Bendera Malaysia

Bendera Malaysia
Jalur Gemilang

Sunday, May 11, 2008

Gerakan Anti Islam: Syiah

Syiah atau Shi'a (شيعى) Syiah ialah satu kefahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam. Penyelewengan ajaran Syiah boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu penyelewengan dari sudut akidah, syariah dan umum. Di antara penyelewengan dari sudut akidah ialah khalifah diwasiatkan secara nas, Imam adalah maksum, bersifat taqiyyah, penyanjungan yang terlalu tinggi terhadap Saidina Ali, mengkafirkan para sahabat Rasulullah, menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai 4 berhala Quraish serta pengikut- pengikut mereka adalah musuh Allah. [1]. Keterangan lanjut boleh didapatkan daripada buku Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah yang diterbitkan oleh JAKIM pada tahun 1996. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia mewartakan fahaman Syiah dikategorikan sebagai ajaran sesat pada 5 Mei 1996.


Aliran

Aliran Syiah Islam berpecah kepada cabang-cabang kecil. Tiga cabang yang utama pada masa kini mempunyai bilangan pengikut yang besar. Yang paling terkenal dan terbesar ialah golongan Syiah Imam Dua belas atau Ja'fariyah @ Imamiah Ithna Assyariyyah (Twelvers /(اثنا عشرية inā ašariyya) yang merangkumi 90% penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq. Golongan Syiah yang kecil lain termasuklah Ismailiyyah, Zaidiyyah dan Syiah Imam Bertujuh. Alawiyyah dan Druze juga menganggap diri mereka Syiah meskipun mereka tidak sentiasa diiktiraf oleh Syaih lain. Tarikat-tarikat Sufi beraliran Syiah termasuklah Tarikat Alevi, Bektashi Hamadani dan Fatimid. Dua puluh peratus dari penduduk Turki adalah mengikut Tarikat Alevi sementara Lubnan dan Siria pula mempunyai bilangan besar golongan Druze dan Alawi.

Pergerakkan Hizbollah di Lubnan adalah dari golongan Syiah Imam Dua belas

Mengikut pandangan Syiah

Pengertian syiah mengikut pandangan syiah sendiri adalah seperti berikut:

Perkataan Syiah (mufrad) disebut sebanyak empat kali dalam al-Qur'an dan ia memberi erti golongan atau kumpulan;pertama dalam Surah as-Saffat: 83-84, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk Syiahnya (golongannya), ingatlah ketika ia datang kepada Tuhannya dengan hati yang suci".

Kedua,dalam Surah Maryam: 69, firman Tuhan yang bermaksud,"Kemudian pasti Kami tarik dari tiap-tiap golongan (Syiatihi) siapa antara mereka yang sangat derhaka kepada Tuhan yang Maha Pemurah".

Ketiga dan keempat adalah Surah al-Qasas: 15, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan Musa masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang lengah, maka didapatinya dalam kota itu dua orang lelaki yang berkelahi; yang seorang dari golonganya (Syiatihi) (Bani Israil) dan seorang (lagi) dari musuhnya (Syiatihi) meminta pertolongan kepadanya untuk mengalahkan orang yang dari musuhnya".

Sementara itu, ada perkataan Syiah dalam Hadith Nabi SAW lebih dari tiga kali, antaranya disebut oleh Imam as-Suyuti dalam tafsirnya Durr al-Manthur, Beirut, Jilid 6, hal.379 - Surah al-Bayyinah, Nabi SAW bersabda:"Wahai Ali, engkau dan Syiah engkau (golongan engkau) di Hari Kiamat nanti keadaannya dalam redha dan diredhai", dan sabdanya lagi:"Ini (Ali) dan Syiahnya (golongannya) (bagi) mereka itulah yang mendapat kemenangan di Hari Kiamat nanti".

Dengan ini kita dapati bahawa perkataan Syiah itu telah disebutkan dalam al-Qur'an dan Hadith Nabi SAW.

Yang dimaksudkan oleh kebanyakkan para ulama Sunni sebagai Syiah yang menyeleweng ialah golongan Syiah yang selain daripada Imamiyyah/Ja'fariyyahZaidiyyah, yang diringkaskan sebagai Ghulat kerana mendewakan Ali. Golongan Ghulat juga ditolak oleh ulama-ulama Syiah Imamiyyah sendiri. dan

Imam al-Ghazali dalam bukunya Mustazhiri menentang keras Syiah ghulat kerana ia mengandungi pengajaran Batiniah. Imam Ja'far as-Sadiq AS, generasi kelima keturunan Ali bin Abi Talib dan Fatimah Zahrah, pula menyatakan Syiah ghulat tidak boleh dikahwini dan diadakan sebarang urusan keagamaan kerana aqidah mereka bertentangan dengan al-Qur'an dan Hadith. Golongan Syiah Imamiyyah mengganggap Ja'far as-Sadiq AS sebagai imam keenam umat Islam.

Sila rujuk: Al Jam'iyah Al Khairiyah.

Gerakan Anti Islam: Ayah Pin

Arifin Mohamad 66 tahun (2007) atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, merupakan pengasas kepada Kerajaan langit (Sky Kingdom) dan disenaraikan dalam kumpulan agama sesat.

Ajaran sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai "Tuhan" segala agama. Manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu tersebut.

Dengan kehebatan Ayah Pin memimpin ajaran sesat Kerajaan Langit itu, ramai orang-orang tempatan malah luar negara dari pelbagai ugama mempercayai dan mengagungkan Ayah Pin bak setinggi langit. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran yang disebarkannya. Ini termasuklah beberapa orang artis tempatan.

Jika hendak diikutkan, Ayah Pin bukannya orang cerdik pandai, malah dia buta huruf dan tidak tahu membaca. Dengan pengikut-pengikutnya itu juga, Ayah Pin membangunkan kawasan Kerajaan Langit dengan teko, pasu dan beberapa lagi replika besar untuk melambangkan kuasa Tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk melindungi dan memayungi umat manusia.

Selepas hampir 10 tahun giat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa dan agama tempatan. Dan akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin pula ditahan dan disoal siasat serta didakwa di mahkamah. Kawasan Kerajaan Langit juga telah dimusnahkan. Ayah Pin pula menyatakan dia tidak boleh dianggap sesat kerana dia sudah mengistihar keluar dari memeluk Islam semenjak 1998 lagi.

Ayah Pin telah menghilang ketika pihak berkuasa membuat serbuan, dia bersama-sama empat isterinya telah melarikan diri daripada perkampungan tersebut. Paling menghairankan sehingga ke hari ini, jejak Ayah Pin belum ditemui tetapi dikatakan melarikan diri ke selatan Thailand. Ada yang mengatakan Ayah Pin ghaib bersama isteri-isterinya. Ada pula yang berpendapat, ada pihak termasuk pengikut-pengikut ekstremnya cuba menyembunyikan Ayah Pin dari pengetahuan pihak berkuasa.


Gerakan Anti Islam: Black Metal

Black Metal merujuk kepada muzik yang mempunyai ciri-ciri khusus. Diantaranya adalah ia mencemuh semua agama kecuali pagan. Oleh itu Black Metal boleh dianggap sebagai muzik keagamaan pagan.

Dengan itu sebarang dakwaan bahawa muzik Black Metal tidak mencemuh agama meletakkan kelompok yang sedemikian terkeluar daripada Black Metal. Sementara yang mendakwa mereka merupakan pengikut Black Metal meletakkan diri mereka terkeluar daripada semua jenis agama.

Pada 23 Januari 2006, Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan bahawa aliran muzik Black Metal dikategorikan sebagai ajaran sesat dan boleh menjejaskan akidah mereka yang mengamalkannya.


SEJARAH BLACK METAL

Pada akhir 1980-an dan awal 1990-an, satu daripada tokok terkenal di Norwegian adalah Øystein Aarseth, lebih dikenali sebagai Euronymous, pemain gitar Mayhem.

Keadaan itu amat anti-Kristian: ia menegaskan bahawa matlamatnya adalah menghilangkan pengaruh Kristian dan seagama bukan Scandinavian daripada kebudayaan Norwegian dan mengembalikan negara tersebut kepada asas Norse. Salah satu daripadanya, mempunyai kaitan dengan NSBM), termasuk unsur anti-Semitism berterang-terangan. Pergerakan ini dipengaruhi oleh 'Inner Circle', yang dianggotai oleh Aarseth dan beberapa sahabatnya, daripada bilik bawah tanah kedai rekod Aarseth, Helvete (Hell). Lokasi tersebut turut mempunyai studio rakaman, di mana rekod yang dihasilkan oleh Mayhem dan beberapa kumpulan muzik lain yang terikat dengan label bebas Aarseth, Deathlike Silence Productions. Matlamat yang dinyatakan bagi Deathlike Silence merupakan "menerbitkan rekod oleh kumpulan pemuzik yang merupakan kebangkitan kejahatan dalam bentuk paling sempurna.."

Sekitar masa ini, terdapat beberapa kes pembakaran yang ditujukan kepada gereja Kristian yang kebanyakannya berusia beratus-ratus tahun, dan secara umum dianggap sebagai mercu tanda penting—yang kelompok Aarseth didakwa menggalakkannya, jika pun tidak melakukannya. Sasaran Gereja yang paling terkenal merupakan gereja Fantoft Stave, Norway, yang dibakar oleh seorang ahli kelompok dalaman Euronymous; yang merupakan ahli kumpulan tunggal Burzum, Varg Vikernes, atau "Count Grishnackh", yang juga bermain gitar bass bagi Mayhem. Peminat Black metal turut menggempur kumpulan "death metal" terkenal lain yang melawati negara mereka atau dalam negara berjiran, berasaskan mereka tidak cukup "setan". Ramai yang mengingati persaingan hebat antara death metal Sweden dan Norwegian black metal.

Ciri-ciri Black Metal

Ciri-ciri Black Metal termasuk yang berikut:

  • Gitar kencang dengan petikan tremolo.
  • Lirik yang berbentuk memuja setan, Pagan, atau bertema okkult yang blaspheme Christianity. Kumpulan muzik seperti Kumpulan Slayer, Landser, Deicide, Death's Head, dan Immolation bertindan lirik seperti black metal tetapi ditakrifkan dari segi muzik kepada death metal (Immolation, Deicide), thrash metal (Death's Head, Slayer), atau Rock Against Communism (RAC) (Landser, Intimidation One).
  • Bunyi gitar agak lemah atau bunyi gitar yang agak kuat, biasanya tidak berbunyi sederhana.
  • Keluaran terhad dengan sengaja sebagai kenyataan terhadap muzik utama dan/atau menunjukkan mood muzik, untuk mencipta suasana. Kesan 'kurang pengeluaran' sering kali dicapai dengan menghilangkan frekuensi tinggi dan rendah, meninggalkan jalur bunyi pertengahan.
  • Pukulan dram yang laju, garang, seringkali dengan hentaman kuat. Di waktu lain pula, dram dipukul perlahan dan diiringi dengan nada kosong dan kering — terutamanya bagi kesan suasana muzik.
  • Keyboard eletronik digunakan sekali-sekala. Setting violin, organ, dan choir biasa digunakan, bagi menghasilkan muzik seperti okestra atau seperti kathedral. Sesetengah kumpulan pula cenderung menggunakan keyboard secara kerap, samada sebagai peralatan malah asas keseluruhan bunyi mereka. Ia biasanya diletakkan di bawah label simfoni black metal.
  • Suara yang nyaring dengan herotan.
  • Peralatan muzik perkussion yang laju.
  • Suasana sejuk, gelap, sedih, muram dan samar.

Saturday, May 10, 2008

Fenomena Anti Hadith

Di antara permasalahan golongan anti hadith adalah:

  • Kononnya mereka mendakwa hadith-hadith banyak yang bercanggah dengan akal.

  • Sekian banyak hadith seperti yang didakwa oleh ulamak-ulamak hadith tidak mungkin diingat dan dihafal oleh manusia.

  • Hadith-hadith bukan merupakan wahyu yang dijamin oleh Allah (swt) keterpeliharaannya daripada tersalah.

  • Golongan-golongan yang mendakwa Islam masing-masing mempunyai hadithnya yang tersendiri mengikut istilah mereka. Ahlus Sunnah tidak menerima hadith-hadith Syiah begitu juga Syiah tidak menerima hadith-hadith Ahlus Sunnah.

  • Banyak terdapat percanggahan di antara satu hadith dengan hadith yang lain.

  • Sayyidina Umar pernah berkata “Cukuplah untuk kita Al-Quran.” Beliau tidak menyebut langsung tentang Al Hadith.

  • Untuk memahami Al-Quran kata mereka, tidak diperlukan kepada Al Hadith. Setiap orang boleh memahami Al-Quran dengan kecerdasan fikirannya.

  • Tidak dapat dinafikan terdapat banyak sekali hadith-hadith maudhu’, kerana itu tidaklah dapat untuk mempastikan kebenarannya dari kepalsuannya.

IFC yang sebenarnya......

Berdasarkan kenyataan daripada badan Pemuda PAS Perlis:

“…IFC (Interfaith Commision) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: Islam) akibat desakan penganut agama lain.

“Badan ini berfungsi mirip sebuah Mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit.”

Tuntutan-Tuntutan IFC terhadap Kerajaan Malaysia

  • Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

  • Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

  • Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

  • Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

  • Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

  • Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

  • Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

  • Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

  • Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

  • Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

  • Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

  • Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

  • Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

  • Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Apa Itu Gerakan Anti Islam?

l

Gerakan yang mempunyai organisasi-organisasi yang tersusun untuk menjatuhkan keistimewaan Islam sebagai agama rasmi bangsa Melayu di Malaysia.

Isu terkini yang menjadi fokus kami ialah mengenai penubuhan Interfaith Commission (IFC) dan Anti Hadith.

Introduction

On The Way adalah sebuah kumpulan yg dilahirkan hasil dari gabungan pemuda pemudi dari pelbagai IPTA dan IPTS yg akan mempertahan dan memperjuangkan kesucian Islam dan keunggulan bangsa Melayu di Malaysia. Perkenalan kami tidak diduga dan bersatunya kami kerana sayangkan agama Allah.

Blog ini kami khaskan sebagai medium baru untuk menyedarkan dan menyebarkan maklumat serta berkongsi pandangan dan idea dalam alam siber yang menjadi minat semua lapisan masyarakat terutamanya golongan muda-mudi masa kini.

Secara umumnya, info tentang Islam dan isu-isu semasa mengenainya akan kami paparkan terutamanya mengenai gerakan anti Islam di Malaysia.