Bendera Malaysia

Bendera Malaysia
Jalur Gemilang

Sunday, May 11, 2008

Gerakan Anti Islam: Ayah Pin

Arifin Mohamad 66 tahun (2007) atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, merupakan pengasas kepada Kerajaan langit (Sky Kingdom) dan disenaraikan dalam kumpulan agama sesat.

Ajaran sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai "Tuhan" segala agama. Manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu tersebut.

Dengan kehebatan Ayah Pin memimpin ajaran sesat Kerajaan Langit itu, ramai orang-orang tempatan malah luar negara dari pelbagai ugama mempercayai dan mengagungkan Ayah Pin bak setinggi langit. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran yang disebarkannya. Ini termasuklah beberapa orang artis tempatan.

Jika hendak diikutkan, Ayah Pin bukannya orang cerdik pandai, malah dia buta huruf dan tidak tahu membaca. Dengan pengikut-pengikutnya itu juga, Ayah Pin membangunkan kawasan Kerajaan Langit dengan teko, pasu dan beberapa lagi replika besar untuk melambangkan kuasa Tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk melindungi dan memayungi umat manusia.

Selepas hampir 10 tahun giat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa dan agama tempatan. Dan akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin pula ditahan dan disoal siasat serta didakwa di mahkamah. Kawasan Kerajaan Langit juga telah dimusnahkan. Ayah Pin pula menyatakan dia tidak boleh dianggap sesat kerana dia sudah mengistihar keluar dari memeluk Islam semenjak 1998 lagi.

Ayah Pin telah menghilang ketika pihak berkuasa membuat serbuan, dia bersama-sama empat isterinya telah melarikan diri daripada perkampungan tersebut. Paling menghairankan sehingga ke hari ini, jejak Ayah Pin belum ditemui tetapi dikatakan melarikan diri ke selatan Thailand. Ada yang mengatakan Ayah Pin ghaib bersama isteri-isterinya. Ada pula yang berpendapat, ada pihak termasuk pengikut-pengikut ekstremnya cuba menyembunyikan Ayah Pin dari pengetahuan pihak berkuasa.


No comments: